Menghantar emoji tunggal dalam mesej akan memaparkan versi beranimasi yang bergaya. Kami terus mengembangkan tentera emoji beranimasi, menambahkan yang baru pada setiap kemaskini aplikasi kami.
Terdapat beberapa emoji yang anda boleh kirim dalam bual untuk menguji nasib anda: 🎰, 🎲, 🎯, ⚽️ dan 🏀.
Tekan lama butang 'Kirim' di mana-mana bual dan pilih 'Mesej Berjadual' untuk menghantar mesej atau media secara automatik pada waktu yang ditentukan pada masa akan datang (Tidak termasuk DeLorean). Sekiranya anda tidak dapat meneka waktu apa yang sesuai, pilih untuk sampaikan mesej apabila penerima anda berada di talian.
Anda boleh jadualkan mesej atau media untuk dikirim semasa penerima anda di talian. Masukkan mesej anda dengan siaran pagi – atau arahkan stiker itik bila perjumpaan mula membosankan.
Tekan lama butang kirim dalam mana-mana bual untuk kirim mesej anda dengan notifikasi senyap. Anda juga boleh guna menu ini untuk jadualkan mesej, mengirimnya pada masa tertentu.
Sekiranya anda menjadualkan mesej di bual Mesej Disimpan, ia akan berubah menjadi peringatan. Jadilah setiausaha perjalanan masa anda sendiri – samada mengenai temu janji dengan doktor gigi minggu depan, atau bangun tepat pada waktu untuk penghantaran nasi dagang.
Leret ke kiri pada bual untuk pindahkannya ke folder arkib. Apabila bual diarkib mendapat notifikasi, ia akan keluar dari folder dan masuk ke dalam senarai bual anda. Bual disenyap akan kekal diarkibkan selama-lamanya. Bilangan bual yang tidak terhad dapat disematkan dalam arkib anda untuk menyimpan mesej mengikut urutan yang anda mahu.
Leret ke kiri pada arkib untuk sembunyikannya. Leret ke bawah untuk tunjukkan arkib semula.
Dengan pekerjaan, kajian, rakan dan keluarga semuanya dalam satu aplikasi, sedikit organisasi akan membawa banyak faedah. Pengguna boleh menambahkan folder bual untuk mencipta tab yang berasingan untuk bual tertentu agar tiada mesej lagi akan terlepas pandang. Terdapat beberapa pilihan yang telah disetkan (seperti ‘Belum Dibaca’), serta folder khusus yang merangkumi dan mengecualikan bual […]
adalah alat yang hebat untuk menyiarkan mesej kepada khalayak ramai yang tiada had jumlah pelangganya. Hanya pentadbir yang dibenarkan mengirim kemaskini, tetapi anda boleh tambah komen untuk berinteraksi dengan pengguna – lihat @durov sebagai contoh. Saluran tidak dikaitkan dengan nama: pos menunjukkan nama dan foto saluran, dan bukannya individu yang mengeposnya. Senarai pelanggan juga […]
Saluran yang dilink ke Grup Diskusi mempunyai butang komen di bawah setiap pos, di mana pelanggan dan pelawat dapat berkongsi pendapat mereka mengenai kemaskini terkini. Komen muncul dalam utas tersendiri, tetapi juga dipos dalam grup diskusi untuk memberi pentadbir dan kekerapan peserta, tempat untuk melihat setiap komen baru di satu ruang. Sekiranya anda […]
Semua bual Telegram menyokong pelbagai mesej yang disemat, jadi maklumat penting sentiasa dapat dicapai. Tekan bar atas untuk melompat antara mesej atau tekan butang di sebelah kanan untuk melihat semua sematan pada halaman yang berasingan. Semasa menyemat mesej dalam grup, anda mempunyai pilihan untuk mengirim notifikasi kepada semua ahli grup, walaupun bual mereka […]