Pemilik grup dan saluran boleh cipta mesej untuk mengalukan ahli baru dan beri mereka informasi ekstra. Mesej aluan hanya boleh dilihat oleh setiap ahli baru – dan boleh mengandungi media, pemformatan kaya dan lagi. Untuk tambah mesej aluan di grup atau saluran anda, buka profilnya dan pilih Sunting > Mesej Aluan.
Beberapa grup, saluran dan bot boleh dilink bersama dalam satu komuniti, di mana ahli boleh lihat dan sertai bual lain secara segera. Pentadbir dalam komuniti ada kawalan privasi terperinci yang membolehkan mereka untuk sorok bual tertentu dan kawal sama ada ahli boleh tambah bual baru atau hanya pentadbir. Komuniti menjimatkan ruang dalam senarai […]
⭐️ Editor Teks Kaya. Anda boleh cipta artikel dan pos panjang melebihi 32,000 aksara dalam editor visual yang menyokong berdozen opsyen pemformatan seperti jadual, senarai, media di talian dan lagi. Editor juga membolehkan anda menjana teks dan pemformatan mengguna alat AI yang peka privasi.
Grup boleh tambah bot AI sebagai pentadbir untuk proses permohonan sertai dengan ciri unik seperti sokongan kapca.
Bot Telegram dan ajen AI ada akses kepada hampir 100 format teks – seperti tajuk, jadual, matematik atau pemformatan kod dan lagi. Informasi untuk juruprogram tersedia di sini.
Telegram juga tersedia pada jam pintar pada Apple dan Android. Aplikasi jam membolehkan anda kirim mesej, urus bual anda dan lagi tanpa memerlukan fon berhampiran.
Editor teks membolehkan sesiapa guna gesaan mereka sendiri untuk bina gaya unik. Setiap gaya tersuai ada link boleh dikongsi agar pengguna lain boleh pra lihat gaya dan tambahnya ke editor mereka. Untuk bina gaya AI anda sendiri, tekan butang ➕ 'Cipta' dalam tab Gaya pada editor.
Bot Telegram dan ajen AI sokong perbualan berbenang untuk urus beberapa topik dalam masa yang sama. Bot juga boleh strim teks ketika ia dijana – untuk kirim respon secara langsung.
Setiap pengguna Telegram boleh hubung bot ke profil mereka – dan biarkan – respon ke mesej bagi pihak mereka. Anda kawal bot setiausaha anda dengan permisi terperinci – seperti hanya membalas bual baru atau bukan kenalan. Untuk hubung bot ke profil anda, pergi ke Tetapan > Sunting > Automasi Bual.
Bot dapat respon pada bot lain, selain dari koman pengguna. Peminat AI boleh guna ini untuk cipta aliran kerja tersuai dengan ejen autonomi. Informasi lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.
Bot Telegram boleh diakses secara terus dalam grup dan bual 1 dengan 1 untuk jawab soalan dan lakukan tugas. Untuk seru bot yang sokong ciri ini, hanya letak @username nya dalam mesej anda. Bot Tamu hanya ada akses ke mesej tertentu di mana mereka ditag dan mana-mana balasan kepadanya. Bot ini […]
Sesiapa boleh guna bot AI untuk dengan mudah membangun, luncur dan urus bot mereka sendiri – tanpa perlu menulis kod. Maklumat lanjut untuk juruprogram ada tersedia di sini.