Panduan Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

Pentadbir di bual suara boleh kongsi link jemputan tertentu yang benarkan pengguna sertai dengan serta merta dengan hak istimewa untuk bercakap atau dengan mikrofon mereka disenyapkan. Peserta boleh angkat tangan mereka pada bila-bila masa untuk minta kebenaran dari pentadbir untuk bercakap.
Grup yang menghampiri angka 200 ribu ahli boleh bertukar ke Grup Saluran yang tiada had ahli. Setelah menukar grup, hanya pentadbir yang boleh mengirim mesej tetapi semua ahli boleh membaca mesej dan mengambil bahagian pada bual video.
,000 peserta boleh bercakap, kirim teks dan kongsi media di grup bual. Grup boleh dijadikan sebagai peribadi atau awam yang mempunyai alat canggih pentadbir untuk mengurus perbincangan tak kira saiz. Dalam Grup Siaran pula, tiada had jumlah peserta baca-sahaja. Untuk lihat apa yang komuniti anda sedang berfikir mengenai topik hangat atau hal-ehwal semasa, […]
Pentadbir boleh tekan Mula Merakam untuk simpan audio dari Strim Langsung dan Bual Video – walaupun tiada yang buat keputusan untuk buka kamera mereka. Fail audio dihantar terus ke bual Mesej Disimpan kepunyaan pentadbir, sedia untuk kongsi dengan peserta. Bila pengguna berkongsi input kamera mereka atau skrin, rakaman video juga boleh diperolehi. […]
Di Aturan, pengguna Android dapat menetapkan tindakan khusus untuk meleret ke kiri di senarai bual – seperti senyap, semat, hapus, arkib atau tanda telah dibaca. Di paras asal, pengguna iOS boleh meleret ke kanan untuk semat atau tanda telah dibaca, dan meleret ke kiri untuk senyap hapus atau arkib.
Pentadbir Grup dan Saluran boleh mulai bual suara untuk membawa peserta tanpa had untuk bual secara langsung, podkas dan banyak lagi. Link jemputan khusus membolehkan pengguna sertai sebagai pendengar atau penceramah, dan pendengar boleh mengangkat tangan jika mereka ingin bercakap. Teks bio anda boleh dilihat dalam senarai, untuk menambah info anda […]
Tekan lama pada gambar profil bual di Android untuk tarik ke atas pratonton mesej – tanpa menyebabkan mesej jadi dibaca. Di iOS, tekan lama di mana-mana pada bual. Ini juga akan membuka menu dengan aksi tambahan dan membolehkan anda skrol dalam pratonton.
Foto dan video boleh dikirim dengan saiz dan kualiti penuh – sehingga 2 GB setiap fail. Di Android dan iOS, tekan 📎 untuk buka menu lampiran, dan kemudian pilih ‘Fail’ di bar bawah. . Anda juga boleh kirim dengan cepat media terbaru dari galeri sebagai fail yang tidak dimampatkan.
: Tukar link jemputan untuk grup atau saluran anda kepada kod QR yang boleh diimbas untuk kirim dan kongsi di mana-mana.
Anda boleh alih bual dari aplikasi lain ke Telegram dan simpan kesemua kenangan anda dalam satu tempat. Bila mengimport bual, sekiranya destinasi bual di Telegram adalah baru atau kurang dari 1,000 mesej, kesemuanya akan disusun secara rapi mengikut tarikh dan waktu asalnya.
Kongsi link istimewa dalam atau luar Telegram bagi memberitahu pengguna lain untuk sertai grup atau saluran anda secara pantas. Selain dari link kekal, anda boleh cipta pelbagai link dengan ciri khusus – seperti had masa tertentu atau jumlah kegunaan.
Tambah wijet khusus ke laman utama anda yang akan memaparkan pratonton mesej terbaru, atau untuk cara pantas ke bual anda. Semua wijet memaparkan pembilang mesej belum dibaca dan membuka bual dengan serta merta bila ditekan.