Kategori: tips

Bual suara dan bual video di Desktop buka dalam tingkap berasingan, agar anda boleh bercakap dan taip dalam masa yang sama. Bila anda kongsi skrin anda, anda boleh pilih program individu untuk disiarkan di keseluruhan skrin anda. Di desktop, bila seseorang mula kongsi skrin mereka, video inputnya akan disemat secara automatik.
Panggilan video grup adalah dioptimakan untuk semua platform – di tablet, tekan untuk buka panel tepi, yang akan mempamirkan paparan skrin terpisah yang dinamik. Pengurangan Bising didayakan secara paras asal, menghasilkan audio setiap peserta terang dan jelas dari mana-mana peranti atau lokasi. Anda boleh daya atau nyahdayakan pengurangan bising anda di […]
Buka kamera anda atau kongsi skrin anda di bual grup dengan tanpa had penontonnya. Tekan mana-mana video pengguna untuk memenuhi skrin dan sematkan skrin terpilih untuk memberi fokus, sementara yang lain menyertai panggilan. Bual Video dioptimakan untuk semua peranti – untuk skrin yang lebih besar dan pelbagai opsyen paparan, cuba mereka di tablet […]
telegra.ph adalah alat yang diperkemas untuk membuat blog dan artikel di browser anda. Anda boleh tambah imej atau video dan memformat teks di mudah alih dan desktop. Log masuk dengan bot @telegraph untuk melihat statistik dan menyunting semua artikel anda dari mana-mana peranti. Paparan Segera tersedia untuk semua link telegra.ph dan […]
Tanda info penting dan peristiwa istimewa dalam bual 1-sama-1 dengan menyemat mereka untuk kedua pihak – atau hanya untuk anda. Tekan pada bar atas untuk lompat sematan sebelumnya atau buka mereka semua dalam senarai berasingan untuk menjumpai kegemaran anda dengan pantas. Langgan di t.me/TelegramTipsMS
Telegram untuk Android boleh didapati terus dari laman web kami. Ianya dikemaskini secara automatik dan anda akan menerima versi baru jauh lebih cepat dari aplikasi di Play Store dan App Store. Aplikasi Telegram menyokong binaan yang boleh dihasilkan semula – mana-mana pengguna boleh pastikan yang aplikasi mereka dibina dengan kod sumber […]
Buka salah satu dari web aplikasi Telegram di web browser anda pada mana-mana peranti – desktop atau mudah alih. • WebZ • WebK Telegram Web menyokong ciri-ciri kegemaran anda seperti stiker beranimasi , mod gelap dan folder bual, dan ianya sangat efisien – memerlukan hanya 400KB untuk dimuat turun tanpa perlu dipasang. Seperti […]
Besarkan gambar dan video seta merta dalam bual dengan memicit skrin untuk zum ke dalam – tanpa membuka mereka di pemain media.
Pemilik grup besar dengan lebih daripada 500 ahli dapat melihat grafik terperinci yang indah mengenai aktiviti dan pertumbuhannya. Statistik juga ada untuk saluran.
Tekan butang (+) di panel stiker untuk lihat pek yang bersesuaian dengan musim – atau hari tertentu seperti Hari Kemerdekaan.
Di pemain media, tekan lama pada sebelah kanan atau kiri skrin untuk cepat ke depan dan pusing ke belakang – atau tekan dua kali untuk lompat 10 saat ke depan atau ke belakang. Di iOS, tekan lama butang +/-15s. Untuk lajukan atau perlahankan video, tukar kelajuan main balik. […]
Tekan pada pengguna di senarai peserta bual suara untuk lihat bio penuh mereka dan gambar profil yang dikembangkan. Anda juga boleh tukar gambar dan sunting bio anda terus dari interfes, tanpa mengecilkan bual.