Panduan Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

Pentadbir boleh rakam Strim Langsung dan Bual Video untuk simpan dan kongsi selepas siaran. Video boleh dirakam dalam orientasi landskap atau potret, dan selepas rakaman dihentikan, fail akan dengan serta merta dimuat naik ke Mesej Disimpan kepunyaan pentadbir yang memulakan rakaman. Anda boleh mula rakaman dari mana-mana peranti – hanya dengan tekan […]
Dalam grup, mesej anda ditanda sebagai telah dibaca sebaik sahaja salah seorang dari ahli membukanya. Anda kemudian akan dapat memilih mesej anda untuk melihat ahli grup yang mana yang telah membacanya. Untuk melindungi privasi pengguna, status dibaca di grup hanya akan disimpan selama 7 hari selepas mesej dikirim.
Kirim dan tekan Emoji Interaktif. Kirim dan tekan 🎆🎉🎈👍👎❤️😂😭🤩😁😢🔥😱🤮💩❄️👻🎃💸 dalam mana-mana bual peribadi untuk lancarkan kesan skrin penuh. dalam mana-mana bual peribadi untuk lancarkan kesan skrin penuh. Bila bual kedua pengguna terbuka pada masa yang sama, animasi dan getaran dimainkan dalam masa yang sama di peranti mereka. Anda boleh tahu bahawa rakan anda […]
Di bual 1-dengan-1, anda boleh guna tema tertentu hanya untuk bual tersebut – memberinya satu pemandangan dan perasaan. Setiap tema mempunyai versi siang dan malamnya sendiri, dengan belon mesej bergradien, latar belakang beranimasi dan corak unik. Tema bual disegerakkan ke semua peranti anda dan juga didayakan untuk pasangan bual anda. Untuk pilih tema […]
Taip satu emoji di bar mesej untuk lihat segera berdozen stiker yang berkaitan dalam apa juga situasi. Anda boleh temui emoji yang ada ingini dengan cadangan emoji dan cara pantas – tanpa perlu skrol.
Di atas stiker Terbaru Diguna anda, anda akan dapat temui pek terkini dari artis profesional. Skrol pada bar di gambar kecil, kemudian tekan untuk pratonton dan tambah pek ke panel anda. Untuk tukar susunan pek stiker anda, tekan lama pada salah satu dari ikon di bar atas dan tariknya ke tempat dikehendaki. Langgan […]
Ada terdapat berjuta saluran di Telegram di mana berita, video, meme dan banyak lagi sentiasa dipos. Bila anda telah tiba ke paras paling bawah saluran, anda boleh leret ke atas untuk tukar dengan pantas ke saluran belum di baca seterusnya – tanpa kembali ke senarai bual. Jika anda guna […]
Tekan Memajukan Mesej pada atas bar mesej untuk buka tingkap pratonton dan sesuaikan bagaimana mesej akan dipaparkan. Sembunyikan nama pengirim, sembunyi kapsyen dari mesej media, nyahpilih mesej atau tukar penerima jika anda tekan pada bual yang silap. Di Privasi dan Sekuriti aturan anda, anda boleh kawal samada mesej anda termasuk link ke […]
Mula Strim Langsung di saluran anda untuk menyiarkan video dan audio atau kongsi skrin tanpa jumlah had penonton dari mana-mana peranti – mobil atau komputer (desktop atau komputer riba). Di Android, buka Profil Saluran ⋮ > Mula Strim Langsung. Di iOS, buka Profil Saluran > Strim Langsung. Di Desktop, tekan/klik ikon […]
Teks, stiker, emoji dan mesej suara melayang ke dalam bual bila anda tekan ‘Kirim’ – meloncat dari kekunci peranti anda dengan animasi jimat tenaga.
Bila menghias foto atau video di penyunting media, berus anda akan secara automatik mengecil bila anda zum masuk – memudahkan bila melukis perincian. Untuk tukar saiz berus anda secara manual, sila tarik bulatan kecil ke atas dari bar pilihan warna.
Anda boleh tonton video di pemain media dengan kelajuan 0.5x, 1x, 1.5x atau 2x. Pelbagai kelajuan main balik juga ada untuk audio – termasuk mesej suara dan podkas.