Panduan Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

Album media. Kirim pelbagai item media untuk membuat album padat, kemudian tekan untuk membalik foto dan video skrin penuh.
Penyunting Media: Alat Tilt Shift menambah kesan kabur pada foto. Pilih antara orientasi bulat dan linear, kemudian tekan untuk mengubah ukuran, sebaran atau sudut.
Penyunting Media: Laraskan 10 parameter yang berbeza seperti kecerahan, ketepuan dan kontra untuk kedua-dua foto dan video.
Penyunting Media: Tekan butang buat semula untuk hapuskan tindakan terakhir anda di penyunting media. Di iOS, pengguna juga dapat menggunakan pemadam untuk menghapuskan kesalahan kecil.
Penyunting Media: Tambahkan ilustrasi ke item media anda dengan beberapa gaya alat lukisan. Gerak ke kiri dan kanan pada slaid untuk memilih warna, kemudian geser ke atas dan ke bawah untuk menukar ukuran berus.
Penyunting Media: Tingkatkan media agar menonjol. Kecerahan, kontra dan banyak parameter lain secara automatik disesuaikan untuk membuat foto dan video lebih bertenaga.
Sokongan Telegram. Hubungi pasukan sokongan sukarelawan kami pada bila-bila masa dari ‘Tanya Soalan’ di halaman Aturan.
Pangkat pentadbir khusus mempunyai beberapa kegunaan, termasuk membawa kelas kecil ke grup bual ☕️🧐
Verifikasi Dua Langkah. Tambahkan lapisan sekuriti ke akaun anda dengan kata laluan. Apabila didayakan, ia akan diperlukan setiap kali anda log masuk, bersama dengan kod yang dihantar ke peranti anda. Jika anda lupa kata laluan anda, anda hanya boleh set semula menggunakan emel pemulihan yang anda masukkan ketika melakukan aturan. Walaubagaimanapun, jika anda masih log […]
Sokongan pelbagai peranti. Gunakan akaun Telegram anda di setiap platform – bual dan media anda disandarkan di awan, disegerakkan di semua peranti anda dan muncul serta-merta bila anda log masuk.