Panduan Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

Eksport Sejarah Bual. Guna Telegram Desktop untuk lakukan salinan rujukan luar talian untuk satu bual atau keseluruhan akaun anda, termasuk mesej dan media. Untuk eksport sejarah bual peribadi, di bual klik ⋮ > Eksport Sejarah Bual. Untuk eksport beberapa bual sekali gus, sila ke Aturan > Lanjutan > Eksport Data Telegram. Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan […]
Taip @gif untuk cari dan hantar GIF dengan pantas dalam mana-mana bual dari medan mesej.
Pentadbir Tanpa Nama. Dayakan Kekal Tanpa Nama untuk menjadikan pentadbir tidak kelihatan. Pentadbir ini tidak boleh dilihat dalam senarai ahli dan mesej mereka dihantar dengan nama dan foto grup dan bukannya sebagai diri mereka. Pengguna di bual awam juga boleh pos tanpa nama, dengan mengirim mesej sebagai salah satu dari saluran awam mereka.
Folder Khusus membolehkan anda mengatur senarai bual anda ke dalam tab tertentu. Masukkan dan keluarkan bual dan kategori individu untuk kawalan sepenuhnya.
Bio Pengguna. Di Aturan, masukkan keterangan peribadi yang akan terpapar sebagai teks bio bila pengguna buka profil anda dari bual.
Pilih browser untuk membuka link pada peranti anda – sama ada browser dalam aplikasi Telegram, atau aplikasi pilihan anda.
Aturan Privasi Terperinci. Ubah penglihatan keseluruhan anda dan tambah pengecualian individu untuk kategori apa pun – seperti nombor fon anda, masa terakhir dilihat dan lagi. Anda boleh tambah individu dan keseluruhan grup bual sebagai pengecualian – aturan akan disesuaikan secara automatik semasa pengguna menyertai dan keluar dari grup.
Kunci Kod Laluan. Anda boleh tambah kod laluan tempatan untuk aplikasi mobil atau desktop anda, yang diperlukan untuk buka senarai bual dan lihat mesej anda. Untuk tambah kata laluan, sila ke Aturan > Privasi dan Sekuriti > Kunci Kod Laluan. Anda boleh set aplikasi untuk kunci secara automatik selepas beberapa ketika, dan boleh secara manual […]
Pindah Hak Milik. Tukar hak milik grup atau saluran anda kepada seorang pentadbir dengan mendayakan semua hak. (Tanpa Nama boleh didayakan atau tidak)
Format Teks. Pilih teks dalam mesej atau kapsyen untuk tambah link haiper dan tukar formatnya – atau guna jalan pintas format seperti tebal condong spoiler dan potong Di Desktop, anda boleh juga guna ‘satu sengkang‘ dan jalan pintas kod . Pada peranti MIUI, tekan ⋮ di penjuru atas untuk tunjuk opsyen format.