Panduan Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

Mod Perlahan. Pentadbir grup boleh dayakan mod perlahan dalam bual – mengeset pemasa untuk berapa kerap setiap ahli boleh kirim mesej. Pentadbir tidak terkesan dengan pemasa, dan mod perlahan boleh diubah pada bila bila-bila masa dari laman Permisi grup.
Cap waktu dalam balasan dan kapsyen membuka video dan link YouTube ke saat yang tepat.
Kirim Semasa Di Talian. Anda boleh menjadualkan mesej atau media yang akan dihantar sebaik sahaja penerima anda di talian. Pilihan ini hanya muncul untuk pengguna yang berkongsi status Terakhir Dilihat mereka dengan anda (dan sebaliknya).
Penyunting Media: Gunakan Pelembut Kulit untuk memberikan cahaya elvis kepada kerdil yang paling kasar 😇
Sunting Media Dikirim. Krop dan hias semula atau ganti foto dan video dalam mana-mana bual. Ada juga boleh tambah atau tukar kapsyen – dan seperti menyunting mesej, media akan dipaparkan dengan tanda disunting. Untuk sunting media yang dikirim tanpa kapsyen di Android, tekan ruang kosong di sebelah mesej.
Dari Orang Berdekatan, anda boleh tekan untuk kirim stiker yang dicadangkan yang akan membantu memulakan perbualan.
Panel Stiker mempunyai lebih daripada 20,000 stiker percuma dari artis profesional. Anda boleh melihat apa yang sedang bertren, cari untuk sesuatu yang spesifik – atau taip satu emoji untuk dapatkan cadangan segera. Stiker Beranimasi berjalan pada 60 bingkai sesaat. Ianya menggunakan bateri lebih sedikit daripada GIF dan 6 kali lebih kecil daripada saiz foto biasa.
Log Masuk dengan Kod QR. Log masuk ke aplikasi Telegram Desktop dengan pantas dan Telegram Web dengan peranti mobil anda. Semua aplikasi Telegram tidak bergantung pada aplikasi lain – selepas anda log masuk, anda tak perlu letak fon anda berhampiran atau dihubungi ke internet.
Penyunting Media: Buat GIF khusus dari mana-mana video dengan menekan butang senyap audio. GIF baru juga muncul di tab GIF terbaru, menjadikannya mudah untuk menghantar dan berkongsi lebih dari satu kali.
Kirim Media sebagai Fail. Kirim secara pantas foto atau video terbaru dengan resolusi asal dengan memilih ‘Kirim tanpa Pemampatan’ di Android atau ‘Kirim sebagai Fail’ di iOS.