Kategori: tips

Siar secara langsung video di grup dan saluran dari program luaran seperti OBS dan XSplit untuk input tambahan, grafik dan lagi. Pilih ‘Strim dengan…’ bila memulakan siaran anda, kemudian tampal butiran ke dalam perisian penstriman kegemaran anda. Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Selepas memilih beberapa item di menu lampiran 📎 , tekan ‘⋯ dipilih’ untuk teliti mesej sebelum dikirim. Tarik item untuk tukar tempatnya di album, tambah kapsyen atau keluarkan media yang dipilih. Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Kawal muat turun media dan fail anda dari tab Muat Turun di Carian, atau tekan ikon ⬇️ yang ada di senarai bual bila anda mempunyai muat turun yang aktif. Henti sementara dan sambung semula semua muat turun atau satu-satu item – dan pilih satu untuk lihatnya di bual. Di iOS, anda boleh […]
Tekan dan tahan butang ‘Kembali’ untuk balik ke bual tertentu selepas membuka bual lain dari mesej dimajukan, link, profil dan lagi. Bila melompat menerusi saluran belum dibaca, saluran sebelumnya dari rangkaian juga akan terpapar di senarai. Langgan di t.me/TelegramTipsMS dan wawarkan.
Animasi untuk reaksi adalah padat dan boleh dimainkan secara langsung untuk semua ahli bual. Untuk mengirim kesan lebih besar, tekan dan tahan pada emoji di menu. Reaksi juga mempunyai status dilihat – tekan pada butang ♡ yang terpapar di bual untuk lompat ke mesej anda dengan reaksi yang belum dilihat. […]
Cipta dengan mudah stiker beranimasi dari fail video .WEBM di mana-mana program menyunting video dan terbitkan mereka menggunakan bot @Stickers. Untuk maklumat lanjut, sila ke Manual Stiker Video dan Panduan Bot Stiker yang menggariskan langkah secara terperinci. Juruprogram boleh menggunakan API Import Stiker untuk membina aplikasi bagi mencipta dan mengimport stiker ke Telegram. […]
Untuk peranti iOS 13 atau macOS 10.15 ke atas, anda boleh guna Teks Langsung untuk pilih dan salin teks secara terus dari foto dalam bual. Di iOS, tekan untuk buka foto dalam bingkai media, kemudian tekan ikon teks untuk asingkan perkataan dari latar belakang. Aplikasi macOS secara automatik mengesan teks dalam foto – […]
Cipta kod QR untuk diri anda atau mana-mana pengguna dengan nama samaran awam – dan juga untuk mana-mana grup awam, saluran atau bot. Tekan kod QR berdekatan dengan nama samaran pengguna atau di halaman info bual, sesuaikan coraknya, kemudian cetak, pos atau kongsi kod ke mana-mana jua. Anda boleh cipta […]
Di Aturan > Bahasa anda boleh tambah butang khusus Terjemahan ke menu konteks bila memilih mesej. Anda juga boleh kecualikan bahasa yang anda fasih bertutur, yang akan sorok butang terjemahan untuk mesej tersebut. Terjemahan tersedia di semua peranti Android yang mendokong Telegram, tetapi memerlukan iOS 15 atau lebih pada peranti Apple. Langgan di […]
Pilih mana-mana bahagian mesej anda bila menaip dan pilih ‘Spoiler’ di menu pemformatan untuk menyorok teks di bawah animasi dalam bual, dan juga di senarai bual dan notifikasi. Tekan pada animasi untuk pamirkan teks yang disorok – spoiler juga boleh digabung dengan pemformatan lain, termasuk link. Pada peranti MIUI, tekan ⋮ di penjuru […]
Beri maklum balas serta merta pada mesej – tekan dua kali untuk kirim secara pantas 👍 atau tekan sekali (tekan dan tahan di iOS) untuk pilih lebih opsyen: 🥰 ❤️ 🔥 👏 🎉 🤩 😁 😱 🤯 🤔 😢 🤬 👎 💩 🤮 Reaksi sentiasa terbuka di bual peribadi. Di grup dan saluran, pentadbir […]
PEMBERITAHUAN Selamat Tahun Baru! Sila wawarkan dan kongsi saluran Panduan Telegram ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga untuk memantapkan penggunaan Telegram anda. Panduan di saluran ini memberi anda penerangan cara penggunaan ciri-ciri Telegram lengkap dengan media videonya sekali. Penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa oleh Telegram untuk memberi anda aplikasi pemesejan terbaik. Terima kasih kerana […]