Anda boleh memilih daripada berpuluh skema warna dalam Aturan Bual (Aturan Penampilan di iOS). Untuk kebebasan seni cuba Penyunting Tema penuh – atau cari link ke tema yang dicipta oleh orang lain.
disegerakkan di seluruh peranti anda dan mempunyai link yang unik dan boleh dikongsi. Semua orang boleh menciptanya di Penyunting Tema kami. Sekiranya anda ingin melakukan perjalanan ke masa lampau, pereka kami mengumpulkan penghormatan ini kepada aplikasi yang sebelum ini adalah bebas: https://t.me/addtheme/RetroGreen
Betulkan kesilapan dengan pantas atau lakukan format tambahan dan informasi ke mesej yang anda telah kirim. Setelah pertukaran dilakukan, tanda disunting akan dipaparkan di belon mesej. Anda juga boleh sunting media yang telah dikirim untuk tukar, krop atau betulkan foto dan video.
Di Telegram anda boleh "tarik balik" mesej yang telah anda kirim atau terima untuk kedua-dua belah pihak, tanpa batasan waktu. Anda juga boleh memadam sebarang bual peribadi sepenuhnya dari peranti anda dan orang lain hanya dengan dua tekanan.
Anda boleh memilih mana-mana bahagian mesej untuk disalin atau dikongsi, dan bukan hanya teks penuh. Lihat penampilannya di Android.
Pengguna Android taip satu perkataan di medan input anda untuk mendapatkan cadangan emoji yang relevan. Di semua platform, taip: diikuti dengan kata kunci untuk membuka carian emoji – contoh: heart ❤️. Anda juga boleh guna satu emoji untuk cadang stiker yang berkenaan. Sekiranya kami kehilangan kata kunci untuk emoji dalam bahasa anda, sila […]
Tekan lama dan tarik pek gambar kecil stiker untuk tukar tempatnya di panel. Anda boleh juga susun semula pek stiker dari Aturan > Aturan Bual > Stiker (Android) atau Aturan > Stiker (iOS)
Menghantar emoji tunggal dalam mesej akan memaparkan versi beranimasi yang bergaya. Kami terus mengembangkan tentera emoji beranimasi, menambahkan yang baru pada setiap kemaskini aplikasi kami.
Terdapat beberapa emoji yang anda boleh kirim dalam bual untuk menguji nasib anda: 🎰, 🎲, 🎯, ⚽️ dan 🏀.
Tekan lama butang 'Kirim' di mana-mana bual dan pilih 'Mesej Berjadual' untuk menghantar mesej atau media secara automatik pada waktu yang ditentukan pada masa akan datang (Tidak termasuk DeLorean). Sekiranya anda tidak dapat meneka waktu apa yang sesuai, pilih untuk sampaikan mesej apabila penerima anda berada di talian.
Anda boleh jadualkan mesej atau media untuk dikirim semasa penerima anda di talian. Masukkan mesej anda dengan siaran pagi – atau arahkan stiker itik bila perjumpaan mula membosankan.
Tekan lama butang kirim dalam mana-mana bual untuk kirim mesej anda dengan notifikasi senyap. Anda juga boleh guna menu ini untuk jadualkan mesej, mengirimnya pada masa tertentu.