Pengguna, Grup dan Saluran semuanya mempunyai halaman profil (terperinci dan menakjubkan) yang merangkumi foto profil bersaiz penuh dan akses segera ke media bersama. Kembangkan media ke paparan skrin penuh, kemudian tekan kiri dan kanan untuk tukar ke depan dan ke belakang.
Anda boleh memuat naik foto dan video ke profil anda, menunjukkan semua bahagian penampilan baik anda. Pilih video dari galeri anda, sunting yang anda mahukan, kemudian seret garis masa untuk memilih bingkai gambar statik anda dalam bual. Apabila seseorang membuka profil anda, mereka akan melihat video anda dimainkan dalam gelong yang mempesonakan.
Mulakan panggilan video satu lawan satu dengan pengguna dari halaman profil mereka untuk komunikasi bersemuka. Anda boleh menghidupkan atau mematikan video anda pada bila-bila masa, dan bebas melakukan banyak tugas dalam bual lain – panggilan video menyokong mod Gambar-dalam-Gambar. Semua panggilan suara dan video dilindungi dengan enkripsi dari awal ke akhir. Untuk mengesahkan […]
Bual grup perkasa di Telegram melangkaui teks dan stiker yang membolehkan persidangan audio dan video berterusan dapat disertai dan ditinggalkan oleh ahli pada bila-bila masa. Setelah menyertai bual suara, anda bebas bergerak di sekitar aplikasi dan menghantar mesej dalam sebarang perbualan. Kawalan mikrofon tetap berada di skrin membolehkan anda dengan pantas senyapkan dan […]
tersedia untuk pengguna Android yang memungkinkan mereka kendalikan mikrofon mereka walaupun Telegram berada di latar belakang.
di aplikasi Desktop Telegram untuk menukar mikrofon anda dengan kunci pilihan.
Untuk mencari foto, video atau dokumen tertentu dengan pantas, tekan tab di Carian Global. Ini membolehkan anda menyempurnakan hasil carian mengikut kata kunci, sumber, jenis media dan jangka masa.
Fungsi Carian membolehkan anda melompat antara mesej yang mengandungi kata kunci dengan mudah – atau dihantar oleh orang tertentu, atau dari hari tertentu. Tekan nombor di bar bawah untuk membuka paparan senarai dan melihat semua hasil dalam satu halaman.
Menampilkan bahagian Tren dan tab berasaskan emoji, cari GIF dengan cepat untuk memadankan momen dengan carian dan skrol yang mudah. GIF yang anda baru kirimkan muncul di tab mereka sendiri untuk mudah diakses, dan anda boleh tekan lama kegemaran anda untuk menyimpannya untuk digunakan di masa hadapan.
Kongsi lokasi langsung anda untuk membolehkan kenalan atau ahli grup menjejaki anda dalam perjalanan anda. Apabila beberapa ahli grup berkongsi lokasi langsung mereka, mereka semua muncul di peta yang sama. Dari peta, anda boleh setkan amaran yang akan memberitahu anda ketika rakan anda sudah hampir. Lokasi langsung hanya dikongsi selama anda memilih, dan […]
mengesan berapa banyak mesej yang belum dibaca, tetapi anda boleh setkannya untuk menunjukkan bilangan bual yang belum dibaca.
Tekan lama pada bual untuk buka menu yang membolehkan anda memilih pelbagai bual dan kemudian semat, senyap, arkib atau hapus mereka. Di iOS, anda boleh melakukan perkara yang sama dengan menekan butang Sunting di sudut kiri senarai bual anda.