Pemilik grup besar dengan lebih daripada 500 ahli dapat melihat grafik terperinci yang indah mengenai aktiviti dan pertumbuhannya. Statistik juga ada untuk saluran.
Tekan butang (+) di panel stiker untuk lihat pek yang bersesuaian dengan musim – atau hari tertentu seperti Hari Kemerdekaan.
Di pemain media, tekan lama pada sebelah kanan atau kiri skrin untuk cepat ke depan dan pusing ke belakang – atau tekan dua kali untuk lompat 10 saat ke depan atau ke belakang. Di iOS, tekan lama butang +/-15s. Untuk lajukan atau perlahankan video, tukar kelajuan main balik. […]
Tekan pada pengguna di senarai peserta bual suara untuk lihat bio penuh mereka dan gambar profil yang dikembangkan. Anda juga boleh tukar gambar dan sunting bio anda terus dari interfes, tanpa mengecilkan bual.
Setelah bual suara dijadualkan, anda boleh tekan pada banting pembilang turun untuk terima notifikasi bila bual suara dimulakan – walaupun jika ianya berjalan langsung pada masa yang tak sama.
Pentadbir Grup dan Saluran boleh jadualkan bual suara untuk tarikh dan masa tertentu. Ahli akan dapat lihat bilangan menurun di bahagian atas bual, di mana mereka boleh tekan untuk set notifikasi bila bual suara itu bermula. Untuk jadualkan bual suara, buka laman profil Grup atau Saluran. Android: tekan ⋮ > Mula Bual […]
Peniaga boleh memapar barangan dan terima pembayaran kad kredit dalam mana-mana bual. Telegram tidak mengenakan apa-apa komisen dan tidak menyimpan info pembayaran – lihat bagaimana caranya melalui demo di @TestStore. Transaksi diproses secara selamat oleh 8 pembekal pembayaran, seperti Stripe. Mana-mana peniaga boleh terus mula mengguna API Pembayaran — tiada permohonan atau kelulusan diperlukan.
Panduan Telegram boleh didapati dalam 12 bahasa lain selain Melayu – dan akan ditambah dari masa ke semasa. 😈 Jerman Indonesia Inggeris Itali Perancis Poland Portugis Sepanyol Turki 한국어 العربية فارسی
Pentadbir di bual suara boleh kongsi link jemputan tertentu yang benarkan pengguna sertai dengan serta merta dengan hak istimewa untuk bercakap atau dengan mikrofon mereka disenyapkan. Peserta boleh angkat tangan mereka pada bila-bila masa untuk minta kebenaran dari pentadbir untuk bercakap.
Grup yang menghampiri angka 200 ribu ahli boleh bertukar ke Grup Saluran yang tiada had ahli. Setelah menukar grup, hanya pentadbir yang boleh mengirim mesej tetapi semua ahli boleh membaca mesej dan mengambil bahagian pada bual video.
,000 peserta boleh bercakap, kirim teks dan kongsi media di grup bual. Grup boleh dijadikan sebagai peribadi atau awam yang mempunyai alat canggih pentadbir untuk mengurus perbincangan tak kira saiz. Dalam Grup Siaran pula, tiada had jumlah peserta baca-sahaja. Untuk lihat apa yang komuniti anda sedang berfikir mengenai topik hangat atau hal-ehwal semasa, […]
Pentadbir boleh tekan Mula Merakam untuk simpan audio dari Strim Langsung dan Bual Video – walaupun tiada yang buat keputusan untuk buka kamera mereka. Fail audio dihantar terus ke bual Mesej Disimpan kepunyaan pentadbir, sedia untuk kongsi dengan peserta. Bila pengguna berkongsi input kamera mereka atau skrin, rakaman video juga boleh diperolehi. […]