Ada terdapat berjuta saluran di Telegram di mana berita, video, meme dan banyak lagi sentiasa dipos. Bila anda telah tiba ke paras paling bawah saluran, anda boleh leret ke atas untuk tukar dengan pantas ke saluran belum di baca seterusnya – tanpa kembali ke senarai bual. Jika anda guna […]
Tekan Memajukan Mesej pada atas bar mesej untuk buka tingkap pratonton dan sesuaikan bagaimana mesej akan dipaparkan. Sembunyikan nama pengirim, sembunyi kapsyen dari mesej media, nyahpilih mesej atau tukar penerima jika anda tekan pada bual yang silap. Di Privasi dan Sekuriti aturan anda, anda boleh kawal samada mesej anda termasuk link ke […]
Mula Strim Langsung di saluran anda untuk menyiarkan video dan audio atau kongsi skrin tanpa jumlah had penonton dari mana-mana peranti – mobil atau komputer (desktop atau komputer riba). Di Android, buka Profil Saluran ⋮ > Mula Strim Langsung. Di iOS, buka Profil Saluran > Strim Langsung. Di Desktop, tekan/klik ikon […]
Teks, stiker, emoji dan mesej suara melayang ke dalam bual bila anda tekan ‘Kirim’ – meloncat dari kekunci peranti anda dengan animasi jimat tenaga.
Bila menghias foto atau video di penyunting media, berus anda akan secara automatik mengecil bila anda zum masuk – memudahkan bila melukis perincian. Untuk tukar saiz berus anda secara manual, sila tarik bulatan kecil ke atas dari bar pilihan warna.
Anda boleh tonton video di pemain media dengan kelajuan 0.5x, 1x, 1.5x atau 2x. Pelbagai kelajuan main balik juga ada untuk audio – termasuk mesej suara dan podkas.
Ketika melakukan panggilan video, anda boleh kongsi perisian kamera anda atau video dari skrin anda – sekali dengan bunyi. Dalam panggilan video grup, anda boleh kongsi kedua-dua kamera dan skrin anda dalam masa yang sama. Untuk kongsi skrin anda. Sila tekan pada butang video dan pilih skrin anda sebagai punca […]
Ucapkan salam dan kongsi dengan pantas detik-detik istimewa dengan video pendek beresolusi tinggi – tanpa membuka kamera aplikasi anda. Tekan pada mesej video untuk besarkannya dan buka suara, dan tekan padanya sekali lagi untuk majukan ke depan atau putar ke belakang secara pantas Audio dari peranti anda akan terus bermain sementara anda merakam, […]
Pilih mana-mana 3 atau 4 warna untuk reka latar belakang bual yang dijana dengan menggunakan algorithma. Seperti tema khusus, anda boleh kongsi latar belakang beranimasi anda dengan pengguna lain untuk memberi bual mereka gaya baru. Untuk pilih latar belakang yang telah diset atau lakukan rekaan anda sendiri, sila ke Aturan Bual […]
Di bual yang mempunyai bot, kirim arahan menggunakan butang menu – ianya menyenarai beberapa opsyen dengan keterangan ringkas agar anda dapat mula mengguna bot. Juruprogram bot boleh mencipta arahan khusus yang bertukar mengikut bahasa interfes pengguna, jenis bual atau status pentadbir. Langgan di t.me/TelegramTipsMS
Dalam panggilan video grup anda boleh siarkan video dari skrin anda atau kamera – atau kedua-duanya dalam masa yang sama. Di desktop, anda juga boleh pilih program tertentu untuk disiarkan. Video dari skrin anda termasuk audio, dan perkongsian skrin juga terdapat di panggilan video 1-dengan-1. Untuk kongsi skrin anda, […]
Semua tema paras asal mempunyai kertas dinding beranimasi dijana secara algoritma – dengan warna berputar yang bergerak bila anda kirim mesej. Anda boleh pilih dari beberapa latar belakang yang sedia diset oleh pereka kami, atau cipta anda punya di editor tema. Untuk melihat semua opsyen paras asal, sila ke Aturan Bual > […]