Foto dan video boleh dikirim dengan saiz dan kualiti penuh – sehingga 2 GB setiap fail. Di Android dan iOS, tekan 📎 untuk buka menu lampiran, dan kemudian pilih ‘Fail’ di bar bawah. . Anda juga boleh kirim dengan cepat media terbaru dari galeri sebagai fail yang tidak dimampatkan.
: Tukar link jemputan untuk grup atau saluran anda kepada kod QR yang boleh diimbas untuk kirim dan kongsi di mana-mana.
Anda boleh alih bual dari aplikasi lain ke Telegram dan simpan kesemua kenangan anda dalam satu tempat. Bila mengimport bual, sekiranya destinasi bual di Telegram adalah baru atau kurang dari 1,000 mesej, kesemuanya akan disusun secara rapi mengikut tarikh dan waktu asalnya.
Kongsi link istimewa dalam atau luar Telegram bagi memberitahu pengguna lain untuk sertai grup atau saluran anda secara pantas. Selain dari link kekal, anda boleh cipta pelbagai link dengan ciri khusus – seperti had masa tertentu atau jumlah kegunaan.
Tambah wijet khusus ke laman utama anda yang akan memaparkan pratonton mesej terbaru, atau untuk cara pantas ke bual anda. Semua wijet memaparkan pembilang mesej belum dibaca dan membuka bual dengan serta merta bila ditekan.
Set pemasa di bual peribadi, grup atau saluran untuk secara automatik menghapus mesej selepas tempoh tertentu – dari 1 hari ke 1 tahun kemudian. Pemasa hanya mempengaruhi mesej yang dikirim selepas ianya didayakan dan boleh diubah pada bila-bila masa dari ⋮ atau ⋯ di laman info bual. Di grup dan saluran, hanya pentadbir […]
Secara paras asal, nombor fon hanya boleh dilihat oleh kenalan anda. Di semua bual, anda akan sentiasa dikenali sebagai nama pilihan anda. Jika anda cipta nama samaran, orang akan dapat cari profil anda dan berhubung dengan anda – tanpa memerlukan mereka mengetahui nombor fon anda. Aturan privasi anda membolehkan anda untuk […]
Guna medan carian di bahagian atas bual anda untuk cari pengguna dengan nama samaran mereka, dan juga mesej atau media dari semua bual anda. Carian Global juga akan paparkan saluran dan grup awam yang anda boleh sertai.
Mesej, bual, sejarah bual dan grup yang anda cipta boleh dihapus sepenuhnya pada bila-bila masa. Hanya buat pilihan anda dan tanda petak untuk hapus untuk semua peserta – perkara yang dihapus tidak akan tinggal jejak, memberi anda kawalan penuh ke atas tapak kaki digital anda.
Untuk cipta undian di grup atau saluran anda, buka menu lampiran 📎 dan pilih ”Undian”. Undian boleh berjenis sulit atau undian terbuka, menunjuk siapa yang undi untuk apa. Anda juga boleh cipta jawapan pelbagai dan undian jenis kuiz.
Anda boleh bawa sejarah bual anda dengan semua media dan fail ke Telegram dari aplikasi lain seperti WhatsApp. Line dan KakaoTalk. Dengan mengguna alat eksport natif di aplikasi tersebut, kongsi fail yang dieksport dengan Telegram, dan kemudian pilih bual Telegram di mana anda ingin mesej diimport ditambah. Untuk ubah bual […]
Anda boleh bawa sejarah bual anda dengan semua media dan fail ke Telegram dari aplikasi lain seperti WhatsApp. Line dan KakaoTalk. Dengan mengguna alat eksport natif di aplikasi tersebut, kongsi fail yang dieksport dengan Telegram, dan kemudian pilih bual Telegram di mana anda ingin mesej diimport ditambah. Untuk ubah bual […]