Kategori: tips

Penyunting Media: Gunakan gaya teks yang berbeza, agar meme khusus anda sentiasa mudah dibaca.
Leret kiri untuk Balas. Respon secara terus kepada mesej individu dengan membalasnya. Balas adalah bertali kait, agar anda boleh atur rapi perbualan anda – tekan untuk menyorot dan skrol ke mesej asal. Di grup bual, balas akan kirim notifikasi seruan yang pengguna akan kelihatan walaupun bual mereka disenyapkan.
Storan Kad SD. Sila ke Aturan > Data dan Storan > Jalan Storan di Android untuk mula menyimpan media dan fail ke Kad SD anda. Aturan Kegunaan Storan membolehkan anda tambah ruang memori — tanpa menghapus mana-mana mesej atau media.
Buat saluran peribadi untuk menyimpan media dan dokumen selain di Mesej Disimpan. Setiap pengguna Telegram memiliki simpanan awan tak had untuk menyimpan tanpa batas waktu.
Jadualkan mesej untuk sampai pada saat yang tepat, walaupun peranti anda dimatikan. Gunakannya dalam Mesej Disimpan untuk membuat peringatan.
Tekan stiker di mana-mana bual untuk membuka pratonton dan menambahkan pek stiker.
Tukar Nombor Fon Anda. Kemaskini tanpa batas nombor fon yang dihubungi ke akaun anda dari laman Aturan dari mana-mana aplikasi. Memastikan nombor fon anda sentiasa yang terkini akan menentukan anda akan dapat terima SMS untuk kod log masuk bila anda perlu akses ke akaun anda.
Nama Samaran. Cipta nama samaran di Aturan untuk membolehkan pengguna lain cari untuk profil anda – tanpa berkongsi nombor fon anda. Nama samaran memberi anda link unik t.me ke profil anda yang anda boleh pos atau kongsi di mana-mana. Jika ada pilih untuk tidak mempunyai nama samaran, anda boleh ke Aturan > Privasi dan Sekuriti […]