Panduan Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

Panggilan Video. Mulakan panggilan video satu lawan satu dengan pengguna dari halaman profil mereka untuk komunikasi bersemuka. Anda boleh menghidupkan atau mematikan video anda pada bila-bila masa, dan bebas melakukan banyak tugas dalam bual lain – panggilan video menyokong mod Gambar-dalam-Gambar. Semua panggilan suara dan video dilindungi dengan enkripsi dari awal ke akhir. Untuk mengesahkan […]
Bual Suara. Bual grup perkasa di Telegram melangkaui teks dan stiker yang membolehkan persidangan audio dan video berterusan dapat disertai dan ditinggalkan oleh ahli pada bila-bila masa. Setelah menyertai bual suara, anda bebas bergerak di sekitar aplikasi dan menghantar mesej dalam sebarang perbualan. Kawalan mikrofon tetap berada di skrin membolehkan anda dengan pantas senyapkan dan […]
Sistem menyeluruh Wijet tersedia untuk pengguna Android yang memungkinkan mereka kendalikan mikrofon mereka walaupun Telegram berada di latar belakang.
Set pintasan Tolak-untuk-Cakap di aplikasi Desktop Telegram untuk menukar mikrofon anda dengan kunci pilihan.
Penapis Carian. Untuk mencari foto, video atau dokumen tertentu dengan pantas, tekan tab di Carian Global. Ini membolehkan anda menyempurnakan hasil carian mengikut kata kunci, sumber, jenis media dan jangka masa.
Lihat hasil carian sebagai Senarai. Fungsi Carian membolehkan anda melompat antara mesej yang mengandungi kata kunci dengan mudah – atau dihantar oleh orang tertentu, atau dari hari tertentu. Tekan nombor di bar bawah untuk membuka paparan senarai dan melihat semua hasil dalam satu halaman.
Panel GIF. Menampilkan bahagian Tren dan tab berasaskan emoji, cari GIF dengan cepat untuk memadankan momen dengan carian dan skrol yang mudah. GIF yang anda baru kirimkan muncul di tab mereka sendiri untuk mudah diakses, dan anda boleh tekan lama kegemaran anda untuk menyimpannya untuk digunakan di masa hadapan.
Lokasi Langsung. Kongsi lokasi langsung anda untuk membolehkan kenalan atau ahli grup menjejaki anda dalam perjalanan anda. Apabila beberapa ahli grup berkongsi lokasi langsung mereka, mereka semua muncul di peta yang sama. Dari peta, anda boleh setkan amaran yang akan memberitahu anda ketika rakan anda sudah hampir. Lokasi langsung hanya dikongsi selama anda memilih, dan […]
Pembilang Lencana mengesan berapa banyak mesej yang belum dibaca, tetapi anda boleh setkannya untuk menunjukkan bilangan bual yang belum dibaca.
Tindakan pukal. Tekan lama pada bual untuk buka menu yang membolehkan anda memilih pelbagai bual dan kemudian semat, senyap, arkib atau hapus mereka. Di iOS, anda boleh melakukan perkara yang sama dengan menekan butang Sunting di sudut kiri senarai bual anda.