Panduan Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

Mencipta undian. Undian boleh dibuat di grup atau saluran (mereka merasa kesepian dalam bual satu lawan satu). Hanya perlu pilih opsyen "Undian" di menu lampiran. Taipkan soalan anda, tambahkan opsyen jawapan, pilih aturan yang paling sesuai dengan tujuan anda – dan anda sudah bersedia.
Ujian Pendidikan. Dengan menggunakan @QuizBot, pengguna boleh dengan cepat membina bahan kajian yang kaya dengan ciri untuk subjek apa pun. Setkan pemasa untuk soalan untuk bantu persiapan peperiksaan dan tambahkan penjelasan untuk memberi konteks dan memberitahu pengguna tentang apa yang mereka terlepas. Untuk membina alat pendidikan dalam talian percuma, kami melancarkan direktori.kuiz, satu platform dengan […]
Tema Tersuai. Tukar keterampilan aplikasi anda mengikut kesukaan anda – samada ianya latar belakang berinteraksi dengan warna kesukaan anda, atau tema gelap mudah dan tulus. Sila ke Aturan > Aturan Bual di Android atau Keterampilan di iOS untuk tukar dan perhalusi tema anda, dengan opsyen warna untuk latar belakang anda dan belon mesej, dan juga […]
Mesej video. Tekan sekali pada butang pesanan suara untuk beralih ke mod video. Leret ke atas untuk kunci rakaman (juga berfungsi untuk mesej suara). Mesej video dimainkan dalam mod Gambar-dalam-Gambar sehingga anda dapat terus bergerak di sekitar aplikasi sambil menontonnya.
Sunting dan Kirim Balik Media. Tambah lukisan dengan segera, teks dan stiker ke media dikirim tanpa menyimpannya ke galeri anda.
Kongsi lokasi langsung anda dengan rakan dan setkan amaran yang akan memberitahu anda apabila mereka dekat. Ahli nujum tidak pernah terlambat – dia tiba tepat pada masanya apabila notifikasi berlaku 🧙‍♂️
Aturan Muat Turun Media Automatik. Tentukan bila Telegram memuat turun media – berdasarkan sambungan, format media, jenis bual dan saiz fail. Aturan ini membantu anda simpan data – untuk mengurangkan ruang disk, cuba tukarkan aturan Kegunaan Storan anda.
Permisi Pentadbir. Set hak individu dan tajuk khusus untuk pentadbir dalam grup bual untuk memberikan semua peranan dan tanggungjawab masing-masing. Anda juga boleh benarkan pentadbir anda mengirim tanpa nama, menggunakan nama dan gambar profil grup.
Penyunting Media: Peluncur Kualiti. Ubah resolusi dan saiz video sebelum mengirimnya untuk jimatkan kegunaan data mudah alih atau untuk lebih mudah dimuat turun. Anda boleh juga kirim foto dan video tanpa kemampatan, dengan kualiti dan saiz asal.
Bual Disahkan. Orang kenamaan dan organisasi boleh sahkan saluran atau grup awam atau bot mereka di mana pengguna boleh yakin yang bual adalah rasmi. Bual disahkan datang dengan lencana biru di senarai bual dan juga pada profilnya. Mesej rasmi dari Telegram, seperti notifikasi servis dan kod log masuk hanya dikirim dari akaun disahkan kami.