Panduan Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

Lokasi Langsung. Kongsi lokasi langsung anda untuk membolehkan kenalan atau ahli grup menjejaki anda dalam perjalanan anda. Apabila beberapa ahli grup berkongsi lokasi langsung mereka, mereka semua muncul di peta yang sama. Dari peta, anda boleh setkan amaran yang akan memberitahu anda ketika rakan anda sudah hampir. Lokasi langsung hanya dikongsi selama anda memilih, dan […]
Pembilang Lencana mengesan berapa banyak mesej yang belum dibaca, tetapi anda boleh setkannya untuk menunjukkan bilangan bual yang belum dibaca.
Tindakan pukal. Tekan lama pada bual untuk buka menu yang membolehkan anda memilih pelbagai bual dan kemudian semat, senyap, arkib atau hapus mereka. Di iOS, anda boleh melakukan perkara yang sama dengan menekan butang Sunting di sudut kiri senarai bual anda.
Memajukan Tanpa Nama. Anda boleh menyekat siapa yang dapat majukan mesej anda. Apabila aturan ini diaktifkan, mesej yang dimajukan tidak akan dikaitkan ke akaun anda – mereka hanya akan memaparkan nama yang tidak dapat diklik di medan "dari". Dengan cara ini orang yang anda berbual tidak akan mempunyai bukti sah bahawa anda pernah kirim apa-apa […]
Berbilang perkongsian dari Aplikasi Lain. Semasa menggunakan peluasan kongsi, tekan dan tahan untuk memilih beberapa penerima – dan boleh juga tambahkan komen sekiranya subtweet liar anda memerlukan beberapa konteks.
Latar Belakang Khusus. Anda boleh mencari kertas dinding untuk web, menambah kesan dan kemudian berkongsi latar belakang anda dengan rakan melalui link. Latar belakang Telegram menyokong pergerakan dan kesan kabur. Anda juga dapat setkan warna apa pun sebagai latar belakang anda, menerapkan corak dan mengubah intensitinya.
Suis Mod Malam Pantas. Di Android, dan tekan ikon 🌙/☀️ untuk tukar di antara Tema Siang dan Malam. Di iOS, sila ke Aturan > Keterampilan > Mod Malam. Anda juga boleh set tema untuk tukar secara automatik berjadual, dengan waktu tempatan atau mengikuti matahari naik/tenggelam atau mengikuti aturan sistem anda.
Sudut buih mesej. Sekiranya anda mendapati mesej Telegram anda terlalu melengkung sehingga tidak berbentuk empat segi (atau bulat, bergantung pada platform anda), anda boleh mengubah penampilan buih mesej di Aturan.
Akaun pelbagai: senarai pratonton bual. Anda boleh tekan dan tahan akaun yang lain dalam Aturan untuk melihat senarai bual.
Statistik Saluran. Pemilik saluran dengan lebih daripada 50 pelanggan mempunyai akses ke statistik terperinci dan grafik maklumat mengenai pertumbuhan pelanggan dan prestasi pos. Statistik juga ada untuk grup gergasi.