Anda boleh menyekat siapa yang dapat majukan mesej anda. Apabila aturan ini diaktifkan, mesej yang dimajukan tidak akan dikaitkan ke akaun anda – mereka hanya akan memaparkan nama yang tidak dapat diklik di medan "dari". Dengan cara ini orang yang anda berbual tidak akan mempunyai bukti sah bahawa anda pernah kirim apa-apa […]
Semasa menggunakan peluasan kongsi, tekan dan tahan untuk memilih beberapa penerima – dan boleh juga tambahkan komen sekiranya subtweet liar anda memerlukan beberapa konteks.
Anda boleh mencari kertas dinding untuk web, menambah kesan dan kemudian berkongsi latar belakang anda dengan rakan melalui link. Latar belakang Telegram menyokong pergerakan dan kesan kabur. Anda juga dapat setkan warna apa pun sebagai latar belakang anda, menerapkan corak dan mengubah intensitinya.
Di Android, dan tekan ikon 🌙/☀️ untuk tukar di antara Tema Siang dan Malam. Di iOS, sila ke Aturan > Keterampilan > Mod Malam. Anda juga boleh set tema untuk tukar secara automatik berjadual, dengan waktu tempatan atau mengikuti matahari naik/tenggelam atau mengikuti aturan sistem anda.
Sekiranya anda mendapati mesej Telegram anda terlalu melengkung sehingga tidak berbentuk empat segi (atau bulat, bergantung pada platform anda), anda boleh mengubah penampilan buih mesej di Aturan.
Anda boleh tekan dan tahan akaun yang lain dalam Aturan untuk melihat senarai bual.
Pemilik saluran dengan lebih daripada 50 pelanggan mempunyai akses ke statistik terperinci dan grafik maklumat mengenai pertumbuhan pelanggan dan prestasi pos. Statistik juga ada untuk grup gergasi.
Undian boleh dibuat di grup atau saluran (mereka merasa kesepian dalam bual satu lawan satu). Hanya perlu pilih opsyen "Undian" di menu lampiran. Taipkan soalan anda, tambahkan opsyen jawapan, pilih aturan yang paling sesuai dengan tujuan anda – dan anda sudah bersedia.
Dengan menggunakan @QuizBot, pengguna boleh dengan cepat membina bahan kajian yang kaya dengan ciri untuk subjek apa pun. Setkan pemasa untuk soalan untuk bantu persiapan peperiksaan dan tambahkan penjelasan untuk memberi konteks dan memberitahu pengguna tentang apa yang mereka terlepas. Untuk membina alat pendidikan dalam talian percuma, kami melancarkan direktori.kuiz, satu platform dengan […]
Tukar keterampilan aplikasi anda mengikut kesukaan anda – samada ianya latar belakang berinteraksi dengan warna kesukaan anda, atau tema gelap mudah dan tulus. Sila ke Aturan > Aturan Bual di Android atau Keterampilan di iOS untuk tukar dan perhalusi tema anda, dengan opsyen warna untuk latar belakang anda dan belon mesej, dan juga […]
Tekan sekali pada butang pesanan suara untuk beralih ke mod video. Leret ke atas untuk kunci rakaman (juga berfungsi untuk mesej suara). Mesej video dimainkan dalam mod Gambar-dalam-Gambar sehingga anda dapat terus bergerak di sekitar aplikasi sambil menontonnya.
Tambah lukisan dengan segera, teks dan stiker ke media dikirim tanpa menyimpannya ke galeri anda.