Panduan Telegram

Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.

Format Teks di Kapsyen. Tambah penekanan, link dan lagi bukan sahaja di mesej, tetapi juga dalam kapsyen untuk foto dan video. Teks yang anda taip di bar mesej akan terus ditukar () ke kapsyen bila anda lampirkan media – dan kekalkan pemformatannya.
Tukar skala ukuran fon mesej ke atas dan ke bawah, atau segerakkan dengan aturan sistem anda untuk melihat bual anda dengan visi sempurna 20/20.
Lihat kemajuan media dan fail secara tepat ketika anda memuat naik atau memuat turun.
Pemain Audio. Kongsi fail muzik dan audio, masing-masing berukuran hingga 2 GB. Mengirim beberapa trek dalam satu mesej akan mencipta senarai main – menekan satu lagu akan menambahkan semuanya ke dalam barisan anda. Bar pemain menunjukkan apa yang dimainkan dan membolehkan anda henti sekejap dan sambung semula dengan cepat dari mana sahaja di aplikasi. Tekan […]
Bual Rahsia. Cipta bual satu-dengan-satu dengan kenalan anda yang menggunakan inkripsi awal-ke-akhir dan tidak tersimpan atau disegerak dengan awan – hanya di antara dua peranti yang mengambil bahagian di peringkat tempatan. Bual Rahsia bergantung kepada peranti dan sesi tertentu, bermaksud mereka tidak akan wujud di peranti pengguna yang lain, dan akan dibatalkan jika salah seorang […]
Jalan Pendek Senyap. Pilih bual di Android atau leret di iOS untuk daya atau nyahdaya notifikasi dengan cepat. Bual juga boleh disenyapkan dari profil, dan mempunyai beberapa opsyen senyap sementara. Di Aturan Bual Android, pengguna boleh juga set aksi tertentu untuk meleret di senarai bual, termasuk senyapkan bual.
Mesej Suara. Tekan butang 2X untuk tukar kelajuan main balik, anda, atau leret mesej ke seberang dan lompat ke tempat tertentu. Tekan lama untuk rekod mesej anda dan lepaskan untuk mengirimnya. Leret ke atas untuk kunci rakaman dan ke mod lepas tangan, yang juga membolehkan anda pratonton mesej. Tekan ikon mikrofon untuk tukar ke rakaman […]
Link ke aliran Twitch dapat dimainkan Gambar-dalam-Gambar, jadi anda dapat mengikuti kandungan dan bual dalam talian kegemaran anda pada masa yang sama.
Anak panah kongsi cepat di saluran terus menghantar pos ke bual pilihan anda.
Simpan Media (dalam aturan Penggunaan Storan anda) membantu anda menjimatkan ruang pada peranti anda dengan menghapus item media lama dari kac di fon anda. Membuka foto, video atau fail sekali lagi dalam bual akan memuat turun semula secara automatik dari awan.