Kongsi lokasi langsung anda untuk membolehkan kenalan atau ahli grup menjejaki anda dalam perjalanan anda. Apabila beberapa ahli grup berkongsi lokasi langsung mereka, mereka semua muncul di peta yang sama. Dari peta, anda boleh setkan amaran yang akan memberitahu anda ketika rakan anda sudah hampir. Lokasi langsung hanya dikongsi selama anda memilih, dan […]
mengesan berapa banyak mesej yang belum dibaca, tetapi anda boleh setkannya untuk menunjukkan bilangan bual yang belum dibaca.
Tekan lama pada bual untuk buka menu yang membolehkan anda memilih pelbagai bual dan kemudian semat, senyap, arkib atau hapus mereka. Di iOS, anda boleh melakukan perkara yang sama dengan menekan butang Sunting di sudut kiri senarai bual anda.
Anda boleh menyekat siapa yang dapat majukan mesej anda. Apabila aturan ini diaktifkan, mesej yang dimajukan tidak akan dikaitkan ke akaun anda – mereka hanya akan memaparkan nama yang tidak dapat diklik di medan "dari". Dengan cara ini orang yang anda berbual tidak akan mempunyai bukti sah bahawa anda pernah kirim apa-apa […]
Semasa menggunakan peluasan kongsi, tekan dan tahan untuk memilih beberapa penerima – dan boleh juga tambahkan komen sekiranya subtweet liar anda memerlukan beberapa konteks.
Anda boleh mencari kertas dinding untuk web, menambah kesan dan kemudian berkongsi latar belakang anda dengan rakan melalui link. Latar belakang Telegram menyokong pergerakan dan kesan kabur. Anda juga dapat setkan warna apa pun sebagai latar belakang anda, menerapkan corak dan mengubah intensitinya.
Di Android, dan tekan ikon 🌙/☀️ untuk tukar di antara Tema Siang dan Malam. Di iOS, sila ke Aturan > Keterampilan > Mod Malam. Anda juga boleh set tema untuk tukar secara automatik berjadual, dengan waktu tempatan atau mengikuti matahari naik/tenggelam atau mengikuti aturan sistem anda.
Sekiranya anda mendapati mesej Telegram anda terlalu melengkung sehingga tidak berbentuk empat segi (atau bulat, bergantung pada platform anda), anda boleh mengubah penampilan buih mesej di Aturan.
Anda boleh tekan dan tahan akaun yang lain dalam Aturan untuk melihat senarai bual.
Pemilik saluran dengan lebih daripada 50 pelanggan mempunyai akses ke statistik terperinci dan grafik maklumat mengenai pertumbuhan pelanggan dan prestasi pos. Statistik juga ada untuk grup gergasi.
Undian boleh dibuat di grup atau saluran (mereka merasa kesepian dalam bual satu lawan satu). Hanya perlu pilih opsyen "Undian" di menu lampiran. Taipkan soalan anda, tambahkan opsyen jawapan, pilih aturan yang paling sesuai dengan tujuan anda – dan anda sudah bersedia.
Dengan menggunakan @QuizBot, pengguna boleh dengan cepat membina bahan kajian yang kaya dengan ciri untuk subjek apa pun. Setkan pemasa untuk soalan untuk bantu persiapan peperiksaan dan tambahkan penjelasan untuk memberi konteks dan memberitahu pengguna tentang apa yang mereka terlepas. Untuk membina alat pendidikan dalam talian percuma, kami melancarkan direktori.kuiz, satu platform dengan […]