Pemain Audio

Pemain Audio. Kongsi fail muzik dan audio, masing-masing berukuran hingga 2 GB. Mengirim beberapa trek dalam satu mesej akan mencipta senarai main – menekan satu lagu akan menambahkan semuanya ke dalam barisan anda.

Bar pemain menunjukkan apa yang dimainkan dan membolehkan anda henti sekejap dan sambung semula dengan cepat dari mana sahaja di aplikasi. Tekan bar pemain untuk membuka pemain audio penuh.

Dalam pemain audio, anda boleh tekan dan tahan butang Seterus dan Sebelum untuk maju cepat atau mundur. Podkas dan trek audio panjang menyokong main balik 2X. Tekan nama artis untuk melihat senarai lagu mereka dari semua bual anda.

Categories: