Bual Rahsia

Bual Rahsia. Cipta bual satu-dengan-satu dengan kenalan anda yang menggunakan inkripsi awal-ke-akhir dan tidak tersimpan atau disegerak dengan awan – hanya di antara dua peranti yang mengambil bahagian di peringkat tempatan.

Bual Rahsia bergantung kepada peranti dan sesi tertentu, bermaksud mereka tidak akan wujud di peranti pengguna yang lain, dan akan dibatalkan jika salah seorang dari peserta log keluar.

Bual sebegini tidak membenarkan mesej dimajukan dan mempunyai ciri privasi tambahan – seperti pemasa musnah sendiri yang menghapus mesej selepas ianya dibaca, dan juga amaran pengambilan gambar skrin di iOS dan penghalangan di Android. Anda boleh mengenali Bual Rahsia dari ikon 🔒di bahagian kepala dan pada senarai bual.

Inkripsi awal-ke-akhir disediakan oleh protokol MTProto 2.0 Telegram, yang telah dipastikan secara adil oleh beribu pengkaji.

Categories: